Untuk bisnes yang menerima tempahan

Susah nak track booking?
Risau tarikh sama terambil dua kali?

Bila booking masuk ikut WhatsApp, ada yang tertinggal catat. Nak semak deposit pula kena cari chat lama. Dengan Aturlah, anda boleh semak tarikh, tempahan dan baki pelanggan dalam satu sistem.

Demo dibuka di tab baharu sebagai Owner. Cuba tanpa membuat bayaran.

Teratak Desa · Contoh paparan+ Tempahan
Jumlah tempahanRM3,600
Bayaran diterimaRM2,520
Keluarga RazakHomestay Melur · 24–26 Nov
PAID
Encik LimHomestay Mawar · 27–29 Nov
Baki RM420

Paparan ilustrasi. Semua nama dan angka ialah data contoh.

Pernah jadi macam ni?

Dua pelanggan, tarikh yang sama.

Seorang dah booking, seorang lagi anda dah janji. Baru perasan rekod belum dikemas kini.

Tak ingat siapa belum bayar.

Pelanggan hantar resit dalam chat. Bila nak semak baki, kena kira dan cari semula satu-satu.

Asyik kena tanya staff.

Siapa ambil booking? Dah catat ke belum? Rekod berasingan buat kerja yang sama kena semak berkali-kali.

INILAH YANG ANDA AKAN GUNA

Buka sistem, terus semak
booking dan baki pelanggan.

Tiga bahagian penting untuk bantu anda semak urusan harian. Di bawah ialah ilustrasi fungsi, bukan tangkap layar aplikasi.

a · Teratak Desa Homestay+ Tempahan baharu
01 / KALENDAR TEMPAHAN · NOVEMBER
Tarikh
Rumah Melur
Rumah Mawar
Rumah Bayu
24
—
Lim · Deposit
25
Nurul · Baki
Lim · Deposit
26
—
Nurul · Baki
—
27
Aisyah · Baru
—
—
28
Aisyah · Baru
—

Tarikh kosong atau sudah ditempah? Semak rekod mengikut unit dan tarikh sebelum terima pelanggan seterusnya.

02 / DEPOSIT & BAKI

Tempahan Encik Lim

Jumlah tempahanRM700
Bayaran diterimaRM280
Baki perlu dikutipRM420

Rekod bayaran yang diterima. Baki pelanggan terus jelas untuk tindakan susulan.

03 / RINGKASAN OWNER

Semak kedudukan bisnes

Jumlah jualan contohRM3,600
DiterimaRM2,520
Belum diterimaRM1,080

Owner boleh semak ringkasan jualan dan bayaran. Akses Staff berbeza mengikut peranan.

Semua nama, tempahan dan angka di atas ialah data rekaan untuk penerangan. Rupa serta interaksi sebenar boleh dilihat dalam demo.

APA YANG ANDA DAPAT

Apa yang anda boleh buat
dengan Aturlah?

Untuk homestay, dewan, MUA, katering dan bisnes berasaskan tempahan. Buka dari telefon bila nak semak urusan.

01

Semak tarikh sebelum terima booking

  • Lihat tempahan mengikut unit dan tarikh.
  • Semak pertindihan sebelum simpan tempahan.
02

Simpan maklumat pelanggan

  • Nama, tarikh dan butiran tempahan dalam satu rekod.
  • Mudah rujuk semula bila pelanggan bertanya.
03

Tahu siapa masih ada baki

  • Rekod deposit dan bayaran yang diterima.
  • Lihat baki tanpa kira semula dalam chat.
04

Kenal pasti bayaran selesai

  • Status PAID untuk tempahan yang dah dibayar penuh.
  • Bezakan dengan yang belum bayar atau bayar sebahagian.
05

Owner dan staff boleh urus

  • Akses mengikut peranan masing-masing.
  • Ringkasan jualan dan log aktiviti untuk Owner.
06

Boleh buka dari telefon

  • Guna pelayar telefon atau komputer.
  • Tak perlu pasang aplikasi.
TENGOK SENDIRI SEBELUM PILIH

Cuba buat satu booking.
Tengok sendiri mudah ke tak.

Masuk terus sebagai Owner. Cuba tambah tempahan, semak pertindihan tarikh dan rekod bayaran menggunakan data demo. Untuk cuba peranan Staff, gunakan pautan di bawah.

Demo menggunakan data contoh, bukan data pelanggan sebenar.

Teratak Desa · Contoh paparan+ Tempahan
Jumlah tempahanRM3,600
Bayaran diterimaRM2,520
Keluarga RazakHomestay Melur · 24–26 Nov
PAID
Encik LimHomestay Mawar · 27–29 Nov
Baki RM420

Paparan ilustrasi. Semua nama dan angka ialah data contoh.

CONTOH KEGUNAAN

Bisnes berbeza.
Urusan tetap perlu teratur.

Contoh aliran yang boleh dibincang mengikut pakej dan keperluan. Skop akhir disahkan sebelum penyediaan.

Homestay

Semak unit dan tarikh menginap, rekod deposit serta baki sewaan. Owner boleh nampak bayaran yang masih belum selesai.

Dewan & ruang acara

Susun tempahan mengikut tarikh dan ruang. Rujuk butiran pelanggan apabila nak sahkan atau semak sesuatu acara.

MUA & servis berjanji temu

Kumpulkan butiran pelanggan, tarikh servis dan bayaran tempahan. Keperluan slot masa khusus dibincang dalam skop.

Katering

Rujuk tempahan acara dan status bayaran dalam satu tempat. Keperluan menu, bilangan pax atau aliran tambahan disebut harga mengikut skop.

Dari pelanggan bertanya,
sampai bayaran selesai.

01 · Semak tarikhLihat rekod sedia ada sebelum sahkan tempahan baharu.
02 · Simpan tempahanMasukkan pelanggan, tarikh dan butiran yang diperlukan.
03 · Rekod bayaranKemas kini jumlah diterima dan semak baki pelanggan.
04 · Tanda PAIDBila bayaran penuh direkodkan, status selesai mudah dikenal pasti.

Bayaran pelanggan direkodkan secara manual. Ini bukan janji integrasi bank atau kutipan automatik.

PILIH IKUT KEPERLUAN

Pilih pakej untuk bisnes anda.

Pilih skala yang sesuai dengan bisnes anda. Harga penyediaan sistem dan yuran hosting & server ditunjukkan berasingan.

UNTUK BERMULA

Basic

RM599
RM399

1 bisnes
Harga penyediaan sistem sekali bayar.

  • Sistem tempahan & rekod pelanggan
  • Rekod deposit, baki & status PAID
  • Akses Owner & Staff
  • Ringkasan tempahan & bayaran
Pilih Basic ↓
IKUT CARA BISNES ANDA

Custom

RM2,599
Bermula daripadaRM1,299

Ikut keperluan bisnes
Skop custom dibincang bersama.

  • Bincang aliran kerja bisnes anda
  • Skop fungsi dipersetujui dahulu
  • Harga akhir mengikut keperluan
  • Sebut harga sebelum bayaran
Bincang pakej Custom ↗

Susunan akaun, unit dan cawangan disahkan mengikut skop pakej sebelum pembelian. Pilih pakej yang betul dalam borang pembayaran BCL.

Yuran Hosting & Server

Berasingan daripada harga penyediaan sistem. Meliputi kos hosting dan server supaya sistem terus boleh diakses.

Tahun pertama RM159/tahun

+ 3 bulan percuma

Tahun kedua RM199/tahun

Penambahan fungsi dan kerja custom disebut harga berasingan. Jadual bayaran serta tempoh percuma diperincikan sebelum pembelian.

Macam mana nak mula?

1

Cuba demo

Tengok sama ada cara Aturlah sesuai dengan urusan bisnes anda.

2

Pilih & sahkan skop

Pilih pakej atau bincang keperluan custom. Semak butiran sebelum bayar melalui BCL.

3

Sediakan sistem anda

Selepas butiran diterima, penyediaan dibuat mengikut skop dan tempoh yang dipersetujui.

Nak tahu dulu?

Kena pandai komputer ke?

Tidak perlu. Aturlah boleh dibuka melalui pelayar telefon atau komputer, tanpa perlu memasang aplikasi.

Boleh bayar terus dalam demo?

Demo hanya untuk mencuba. Kembali ke halaman ini untuk memilih pakej dan membuat pembayaran melalui borang BCL.

Apa beza harga pakej dengan yuran tahunan?

Harga pakej ialah kos penyediaan sistem. Yuran Hosting & Server ialah kos tahunan supaya sistem terus boleh diakses. Kerja custom tambahan disebut harga berasingan.

Pakej Popular dapat apa?

Pakej Popular ditawarkan untuk 3 bisnes, homestay atau cawangan. Susunan akaun, unit dan akses disahkan bersama sebelum pembelian supaya sesuai dengan cara anda beroperasi.

Kalau bisnes saya perlukan fungsi lain?

Pilih Custom dan hubungi kami melalui WhatsApp. Kami bincang aliran kerja, skop dan harga sebelum anda membuat bayaran.

Nak senang semak booking
tanpa cari chat lama?

Cuba demo dulu. Tambah tempahan, rekod deposit dan tengok baki pelanggan. Kalau sesuai, pilih pakej di bawah atau WhatsApp kami.

Aturlah · Urus tempahan dengan lebih teratur.
Pembelian dan pembayaran melalui borang BCL di bawah.